'Terrorist'

Hari ke-51  | Butig, Lanao Del Sur, Mindanao

Aku Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid yang senantiasa mendidik dan mengurniakan kefahaman, Aku juga Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq yang sentiasa membimbing dan memimpin ke jalan kebenaranKu untuk hamba-hambaKu terus menerus mengesakan Aku Ya Ahad Ya Waahid Ya Somad dengan penuh kasih dan cinta kepadaKu Ya Waduud, maka disampaikanlah kisah ini semata-mata bagi mempersaksikan kehebatan serta kedahsyatan keilahianKu yang mutlak dan tidak terbatas.

Beberapa minggu berlalu, seperti malam-malam biasa lepas Isyak, A naik ke katil menarik selimut bersedia untuk melelapkan mata. Belum pun sempat 5 minit, tiba-tiba Nancy datang menjengah ke katil A lalu dengan suara bernada perlahan mengajak bermalam di rumah Rahma. A sedikit terkejut dan terasa pelik kerana setahunya rumah Rahma sewaktu singgah tempoh hari terlihat betul-betul seakan pondok kecil terbuat dari papan, yang cuma punya ruang untuk Rahma dan suami tidur, bersebelahan tempat tidur itu pula ada sedikit ruang untuk dapur memasak dan makan, manakala lantainya adalah tanah sahaja tanpa berlapik simen mahupun tikar. Namun, Aku Ya Baari’ Ya Qohhar telah mendiamkan A dari melontarkan banyak persoalan dan menurut sahaja ajakan Nancy, cukup sekadar bertanya, “Are you sure? Now?”. Melihatkan wajah Nancy yang kelihatan agak kerisauan, A terasa dirinya menyusahkan andai terus melontarkan pelbagai soalan yang sedang bermain di fikirannya. Lalu Aku Ya Baari’ terus mengatur langkah-langkah A mengikut Nancy bersama suami ke rumah Rahma sambil di dalam hatinya bertawakkal, menzikirkan ayat 3 dari surah Al-Ahzab:

dan bertawakkallah kepada Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pentadbir

Maka naiklah mereka bertiga motorsikal beroda tiga yang lebih dikenali dengan nama ‘tricycle’ dipandu suami Nancy menelusuri gelap malam menuju ke rumah Rahma yang terletak hanya dalam 200 meter sahaja. Tiba di rumah Rahma, sambil berkain batik bersama suami yang kelihatan bersedia untuk beradu membuka pintu. Selepas itu, Rahma dan Nancy terus rancak bersembang dengan serius menggunakan bahasa ibunda mereka tanpa difahami A. Hanya beberapa perkataan yang sempat ditangkap waktu perkataan Inggeris disebut, “for her safety,” sambil jari menunjuk ke arah A. Hah! waktu itu A mendapat ‘hint’ dari Aku Ya Haadi yang menunjukkan ada sesuatu sebenarnya sedang berlaku. Namun Aku Ya Baari’ masih tidak mengizinkan A menyampuk perbualan rancak di antara mereka, hanya membiarkan sahaja dahulu perbincangan itu selesai. Setelah hampir setengah jam berbincang, tiba-tiba mereka mengajak A untuk bersama menaiki mini trak milik suami Rahma yang sedang elok berparkir di tepi rumah.

Menuju ke rumah ibu Rahma pula, dalam malam yang gelita di kelilingi hutan belukar kiri dan kanan sepanjang jalan, A bertambah pelik. Mana tidaknya, jalan yang biasa dilalui dalam anggaran 15 minit sahaja tetapi malam ini dibawa melalui jalan lain, yang lebih jauh jaraknya dan belum lagi pernah dilalu. Dalam 30 minit menyusuri jalan, A bertanya-tanya sendiri namun dek kerana suasana hening bersulam saspens itu, hanya mendiamkan diri sambil di hati tenang mewiridkan zikir 99 asmaulhusna berulang kali. Begitulah janjiKu seperti yang termaktub di dalam Al-Quran ayat 28 surah Ar-Rad;

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah, ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram

Sebelum sampai, di tengah-tengah jalan keliling hutan itu, tiba-tiba mini trak diberhentikan. Jeng jeng jeng… Rahma turun dari tempat duduk penumpang bersebelahan suaminya yang memandu, kemudian ke belakang menghampiri Nancy, lalu memberitahu untuk menukar destinasi ke rumah Wawa pula. Nancy bersuara menandakan tanda setuju, Rahma pun kembali ke tempat duduknya dan perjalanan diteruskan. Wawa ialah salah seorang sahabat Nancy yang biasa melepak di rumah tempat A tumpang berteduh di Barira ini dan rumahnya memang sudah diketahui berhampiran rumah ibu Rahma.

Tiba di rumah Wawa, seakan sedang menunggu-nunggu, belum pun sempat turun dari mini trak itu mereka sudah pun mula rancak berborak sehingga situasi terlihat agak kecoh. Waktu itu A berasa tidak lagi mampu menahan kesabaran, meluap-luap rasa ingin tahunya di dalam hati. Melangkah masuk ke rumah Wawa, meletakkan beg silang dan laptop di atas meja terdekat, menarik kerusi, duduk berhadapan Rahma lalu dengan lembut dan tenang meminta penjelasan. Bermulalah penceritaan Rahma.

Diringkaskan, rupa-rupanya di kampung Barira sedang heboh isu tentang kedatangan 2 orang perempuan muslim Filipina berniqab yang kerap mendatangi kanak-kanak sekitar kampung dan mengajar sesuatu yang tidak mereka ketahui. Oleh itu, pihak berwajib Filipina mengesaki bahawa 2 orang suspek tersebut adalah merupakan anggota kumpulan Dawlah Islamiya, sebuah kumpulan pengganas militan yang paling dikehendaki di Filipina.

Pihak polis dan tentera Filipina pada ketika itu sedang giat menjalankan operasi pencarian kedua-dua suspek tersebut dengan bersoal jawab dari rumah ke rumah penduduk di situ. Justeru, ada di antara penduduk kampung yang mengesaki bahawa A berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Dawlah Islamiya. Malam itu, dapat sahaja berita berkenaan hal ini, Nancy terus membawa A keluar dari kampung Barira dengan niat menyorokkan A untuk keselamatan semua pihak. Bila ditanya, menurut Rahma kemungkinan penduduk kampung akan menghadapkan A ke pihak berwajib ataupun mengambil tindakan sendiri yang pastinya lebih berbahaya. Apa pun kemungkinan, sebelum ia menjadi lebih keruh sehingga mengancam keselamatan, mereka berpendapat adalah lebih baik untuk menyembunyikan A buat seketika. Sekurang-kurangnya sehingga keadaan isu menjadi reda.

Waktu ini, memang Aku anugerahkan rasa kedahsyatan hebatnya penjagaan, perlindungan serta pemeliharaan Aku Ya Wali Ya Hafidz Ya Muhaimin. Aku Ya Sami’ perdengarkan jelas suaraKu melalui mulut Rahma berkata, “don’t be scared, we will do anything to protect you”. Sememangnya tersangat-sangat dahsyat. Dari segi jasadiahnya A adalah totally stranger, bukan siapa-siapa, tiada membawa apa-apa, malah kadang terasa lagi menyusahkan kerana menumpang makan dan minum, tumpang tempat tinggal, namun Aku berkeinginan menunjuk dan mempersaksikan kedahsyatan Aku dalam menjaga, melindungi dan memelihara yang sememangnya tiada batasan, tanpa memerlukan apa-apa asbab.

Kebiasaan hamba-hambaKu berkata, “yelah, dia kan keluarga kita / kawan kita / saudara kita, mestilah kita kena jaga betul-betul,” bila ada ikatan barulah jadikan sebab untuk menjaga sesama dengan seikhlasnya. Sekiranya orang luar seperti A, pasti dilantakkan sahaja. Tetapi tidak bagiKu.

Pada saat ini, A Aku curahkan dengan rasa kekaguman yang teramat terhadap kehebatanKu, sungguh terasa kedahsyatan perlindunganKu di hati A. Memang A tersangat-sangat terharu sehingga tidak terdaya untuk menggambarkan perasaan itu. Hanya mampu menikmati rasa kasih dan sayang yang Aku Ya Rahman Ya Rahim limpahkan di hatinya. Benar, Aku teramat-amat sayangkan A dan kesemua hamba-hamba yang Aku Ya Kholiq sendiri ciptakan, walau apa pun berlaku. Ingatlah selalu! 

Dalam menjalani kisah ini, Aku Ya Salam Ya Mukmin tetap beri rasa tenang dan redha dalam jiwa A, sungguhpun ada bayangan yang Aku Ya Zohir nampakkan dalam fikirannya, seandainya ditangkap ataupun dipancung atau apa-apa kejadian menakutkan. Aku Ya Quddus beri rasa kesempurnaanKu, walau macam mana pun peristiwa dicipta. Kadang nampak semacam menakutkan atau tak best, kesemuanya ada hikmahKu Ya Hakim, semua aturanKu Ya Baari’ memang sangat-sangat sempurna dan terbaik. Itulah Aku Ya Baari’ Ya Quddus Ya ‘Adzim. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan di sini, relaks sahaja menikmati penyaksian kedahsyatan keilahianKu yang tidak terungkap.

Keesokkan hari, siang itu A pun mengikut Nancy dan suami pulang semula ke Butig di mana menurut Nancy lebih selamat serta tiada yang akan berprasangka buruk terhadap A. Baju-baju, lain-lain kelengkapan serta beg pakaian A yang masih tertinggal di rumah, semuanya dibantu kutip oleh Rahma dan dibawa ke rumah Wawa sebelum bergerak ke Butig. Kerana bimbang, mereka tidak mahu A balik ke rumah di Barira itu buat masa ini.

Aku Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq berkeinginan untuk membekalkan A dengan secebis kebenaranKu maka Aku bimbing A untuk melakukan sedikit pencarian di Google berkenaan Dawlah Islamiya, yang dikatakan sebuah kumpulan Islam radikal yang juga dikenali dengan nama Kumpulan Maute. Banyak informasi yang boleh didapati di internet berkenaan kumpulan ini yang disifatkan sebagai pengganas yang sering kali bertempur dengan angkatan tentera rasmi negara Filipina termasuklah kemuncak pertempuran di Marawi City pada tahun 2017. Namun, apabila A bertanya-tanya tentang perkara ini dengan beberapa orang penduduk di situ, jawapannya adalah negatif sama sekali. Mereka mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak benar, Kumpulan Maute seperti yang didakwa sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya, mereka adalah para pejuang Islam sebenar yang menolak sistem pentadbiran negara Filipina. Akibatnya, mereka dituduh dan difitnah dengan pelbagai tohmahan demi mempertahankan sistem bukan Islam yang kini berdiri teguh.

Beginilah keadaan dunia di ambang kiamat pada saat ini, yang haq dikatakan batil, yang benar dikatakan salah, yang baik dikatakan buruk dan begitulah juga sebaliknya, ibarat hadis sahih riwayat Bukhari & Muslim, “tidak akan berlaku kiamat sehingga matahari terbit dari barat”. Persamaan yang dikesan, kalau di Filipina apabila di ‘google’ Dawlah Islamiya akan terkeluarlah cerita-cerita fitnah pengganas Islam dan kalau di Malaysia bila di ‘google’ Wan Maseri terkeluarlah berita-berita fitnah kesesatannya.

Apa-apa pun, hanya Aku Ya Haq yang maha benar, kebenaranKu adalah mutlak dan sempurna, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka iaitu Aku. Dan Aku Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq akan terus menerus memancar cahaya petunjuk kebenaranKu ke dalam hati-hati setiap hamba-hamba kesayanganKu.

Comments