Etnik

Hari ke-16  | Cotabato City, Mindanao

Setibanya di Mindanao bandar Davao City, berpandukan petunjukKu Ya Haadi, A menempah grabcar untuk ke masjid besar di Mini Forest, kawasan hotel-hotel bajet dan restoran-restoran makanan halal sekitar masjid. Memandangkan hari sudah pun menggelap, A terus mendaftar masuk di salah sebuah hotel bajet di situ untuk menginap dan berehat.

Hari berikutnya, Aku membawa A berjalan melawat kawasan sekitar sehinggalah bertemu dengan sebuah taman awam yang sedang menganjurkan pameran suku kaum, memperkenalkan budaya beberapa etnik dan puak orang asli di wilayah Mindanao. Satu demi satu pengenalan etnik yang ada di sini Aku Ya Zohir paparkan sebagai bukti kreativitiKu Ya Musowwir yang tersangat dahsyat. Antaranya adalah seperti berikut:

Bangsa Iranun

        Maranao 

        

        Taosug 


Maguindanaon


        Bangsa Sama 

Walaupun A seorang diri mengembara di sini tanpa teman mahupun ‘tour guide’, Aku Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid akan tetap mencurahkan ilmu-ilmu serta pengetahuan-pengetahuan am secukupnya mengikut keperluan sebagai menzahirkan kedahsyatan dan kehebatan Aku dalam mendidik serta mengurniakan kefahaman buat setiap hamba-hamba yang Aku kasihi. Dengan ini, A akan sentiasa berasa tenang dan bahagia dalam didikanKu sungguhpun tiada teman di sisi sepanjang pengembaraan ini.

Selepas 2 malam menginap di Davao City, Aku menggerak A untuk meneruskan perjalanan dan menziarahi salah satu rumah terbesarKu di negara ini, The Grand Mosque of Cotabato atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dibina atas tajaanKu Ya Ghonyi Ya Mughniy melalui Sultan Brunei. Masjid yang indah dan besar mempamerkan kedahsyatan keindahanKu Ya Badi’ dan kebesaranKu Ya Kabir Ya Mutakabbir.

Melihatkan masjid yang indah, menenangkan dan sunyi dari hiruk pikuk bandaraya, Aku mendetik A untuk beriktikaf di masjid ini. Dengan menzahirkan kesantunan dan kelembutanKu Ya Latif Ya Halim, A memohon keizinan dari penjaga masjid yang sedang merdu mengaji Al-Quran dari dalam pondok pengawal sebelum terus bersiap membersih diri dan duduk berehat sambil menunggu waktu solat Asar.

Selesai solat, A keluar ke perkarangan masjid untuk mengisi perut sambil menikmati pemandangan sekitar.

Sunyi…sangat sunyi namun menenangkan. Sedang asyik menjamah hidangan popular di wilayah Mindanao yakni pastil (sebungkus nasi putih bersama cincangan ayam kicap) beserta telur dadar, tiba-tiba A disapa penjaga masjid tadi yang rupa-rupanya juga pemilik kedai makan itu yang terletak betul-betul berhadapan masjid. Beliau memperkenalkan anak buahnya bernama Jamelia seorang gadis manis kepada A untuk kemudahan berkomunikasi bahasa Inggeris. Bermulalah perbualan antara mereka;

Jamelia: Hi, you can just call me Jam. My uncle ask me to talk to you because he can’t really speak English.

A: Asalamualaikum, hi Jam. Nice to meet you.

Jamelia: Walaikumusalam. Nice to meet you too. Are you coming from Malaysia?

A: Yes, I am. I’m Malaysian, just visiting Phillipines as a tourist.

Jamelia: I see… Are you alone?

A: Yes, I am. (sambil melebarkan senyuman)

Jamelia: You are going to sleep in the masjid tonight? (sambil menunding ke masjid di hadapan).

A: Yes, if that is possible. Is that okay?

Jamelia: Of couse you can, but actually my uncle was telling me that he is concern about your safety during the night when you are alone in the big mosque.

A: Oh, okay But I have no place to stay tonight. It is almost maghrib and no hotel nearby.

Jamelia: It’s okay, if you don’t mind you can stay at our house. Just at the back here. Our house is small but better for your safety. (sambil melontarkan senyuman semanis kurma)

A: Are you sure? I’m not disturbing?

Jamelia: Yes, sure. Please come, let me show you.

A pun mengikut Jam menunjukkan rumah mereka yang hanya beberapa tapak sahaja di belakang kedai makan itu. Jam kemudiannya mempresentasikan keadaan 2 bilik di rumah mereka lalu meminta A untuk memilih sendiri mana yang selesa buat dirinya. Setelah membuat pilihan, A kembali ke masjid untuk menunaikan solat kemudian membawa beg galasnya bersama bermalam di bilik Jam.

Keesokan harinya, A meneruskan perjalanan menghala ke Parang, Maguindanao dengan bantuanKu Ya Wahhab Ya Karim penjaga masjid tadi yang mempunyai motorsikal. Beliau menawarkan diri untuk bantu membawa A ke terminal berdekatan di mana A memerlukan perkhidmatan trak untuk ke Parang dan menolak ketika A menghulur sedikit wang bagi menampung kos minyak motorsikalnya. “Sadaqah”, ujar penjaga masjid itu sambil tersenyum tenang dan mengangkat tangan sedikit mengisyaratkan penolakan.

Hebat bukan? Begitulah kehebatan kemurahanKu Ya Rahman dan kasih sayangKu Ya Rahim kepada setiap hamba-hamba yang Aku kasihi. Aku memberi dan terus memberi dengan penuh kasih sayang serta kecintaan. Tidak akan Aku biarkan hamba kesayanganKu bersusah tanpa sebarang bantuan dan berkelana tanpa perlindungan.

 

Kos perbelanjaan hari ke-16 hingga ke-18:

1.      Grabcar dari terminal bas Davao City ke Mini Forest – RM14

2.      Hotel bajet (Al-Rahim Inn) untuk 2 malam – RM66

3.      Dobi – RM17

4.      Tiket bas dari Davao City ke Cotabato – RM50

5.      Makan & minum: RM20

 

Total: RM167

 



Comments