Rumah Baru

Hari ke-71  | Butig, Lanao Del Sur, Mindanao

Selepas beberapa hari kembali semula ke Butig, Aku Ya Waduud menghadiahkan A sebuah kejutan. Surprise! Nancy dan suaminya sedang dalam proses membaik pulih sebuah rumah tinggal berdekatan rumah mereka yang asal, dengan niat untuk menyediakan bilik khas buat A seorang. Mendengarkan hal itu, A berasa teruja dan terharu bercampur lega kerana mudah baginya nanti untuk melakukan apa-apa aktiviti dengan lebih privasi. Pada awalnya A menganggarkan masa yang lama untuk siap sebelum sedia diduduki kerana melihatkan keadaan rumah tinggal tersebut yang serba dhaif. Namun, tiada siapa mampu menjangka kedahsyatan kuasaKu Ya Awwal Ya Roshid yang maha hebat dalam mempercepat dan memperlajukan sesuatu, hanya dalam sekitar 1 - 2 minggu sahaja rumah itu sedia didiami. Lihatlah dengan dayaKu Ya Basir keadaan sebelum dan selepas rumah yang dimaksudkan;

Sebelum



Selepas

Gembira dengan kediaman barunya, A meneruskan kehidupan di Butig penuh bahagia bersama kehadiran anak-anak jiran tetangga di situ yang teramat-amat menyayangi dirinya, kesan dari kuasaKu Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud.

Aku Ya Waduud terus menerus mempamerkan kuasaKu membawa kasih cinta yang mebuak, setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah ada seorang anak pasti akan menyinggah di rumah kediaman A untuk bertemu lalu memeluk erat dengan kata “I miss you…”, pulang sekolah juga begitu, adakala disertai dengan kucupan ringan di pipi A. Setiap anak-anak yang mengenali A pasti akan bergembira saat bertemu di mana-mana. Ramai yang ketika dalam perjalanan ke sekolah, akan melambai mesra A ketika terserempak dan akan kerap menoleh ke belakang di sepanjang jalan itu sehinggalah A hilang dari pandangan. Ada juga yang gemar membuat persembahan nyanyian mahupun tarian saat A mengunjungi mereka yang sedang leka bermain. Tidak lupa juga yang gemar beraksi lagaknya seperti model yang sedang memperagakan pakaian baru di pertunjukkan fesyen. “Hah, hah, hah…”, gelak A gembira.

Begitulah antara cara Aku Ya Waduud mengurniakan rasa bahagia di hati A dalam pengembaraan solo ini, yang jauh dari keluarga dan sahabat handai. Kebahagiaan yang mendamaikan jiwa dan raganya, memperkukuhkan cinta Aku Ya Waduud. Nikmatilah gambaran-gambaran yang sempat dirakam untuk mengilustrasikan suasana ini.

Selain itu, di sepanjang permukiman di sini, Aku Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ memenuhi hari-hari A dengan pelbagai aktiviti menarik yang belum pernah dilaluinya. Pengalaman-pengalaman hidup di pedalaman pulau bergunung-ganang yang Aku lalukan buat A menikmati penyaksian kedahsyatan kuasaKu Ya ‘Alim dalam mencurahkan ilmu pengetahuan, Ya Hakim dengan penuh hikmah serta Ya Roshid genius terhebat.





Comments