Perjalanan 3 hari 2 malam

Hari ke-13 | Al-Rahim Inn, Davao City, Mindanao

Kali ini Aku menunjukkan betapa hebatnya kekuasaanKu Ya Khobir Ya Hafidz Ya Muhaimin dalam mengawal dan mengawasi keselamatan serta keamanan negara taklukanKu Ya Malik Ya Malikulmulk serta hamba ciptaan.

Bermula dari lapangan terbang lagi, sesiapa yang tiada bukti tiket penerbangan di terminal yang sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang, di setiap pintu-pintu masuk pusat beli belah besar perlu melalui pemeriksaan oleh pengawal keselamatan termasuk beg tangan yang dibawa sebelum dibenarkan masuk, sama juga dengan setiap stesen-stesen keretapi LRT, dan di jalan-jalan raya pasti kerap berjumpa dengan sekatan jalan oleh pihak polis mahupun tentera. Kejanggalan ini membuat A tertanya-tanya sebelum dijelaskan oleh penduduknya sendiri, yang menyatakan bahawa Filipina kerap didatangi oleh serangan pengganas. 

Lalu bermulalah sedikit pencarian A di internet dan mendapati rupa-rupanya Filipina antara negara di dunia yang aktif diserang ekstremis, dan yang terkini adalah pada tahun 2023 di mana terdapat 95 serangan pengganas di sepanjang tahun itu sahaja yang melibatkan 299 mangsa. Dahsyat sungguh keganasan Ya Jabbar. Hebat. Perkara ini telah menjawab persoalan A tentang mengapa kawalan keselamatan di negara ini agak ketat berbanding di Malaysia yang jauh lebih bebas dan harmoni.

Beberapa hari berlalu, setelah puas berkongsi cerita dan pengalaman bersama penduduk di kawasan kediaman komuniti muslim di Manila, Aku mendetik A untuk bergerak ke bahagian selatan Filipina demi terus dipersaksikan dengan kehebatan dan kekuasaan keilahianKu yang tiada batasan. Meminta cadangan dari beberapa orang penduduk setempat, kesemuanya mencadangkan Mindanao, sebuah wilayah majoriti muslim, termasuklah para mujahidin negara ini juga tinggal di situ menurut mereka.

Jarak di antara bandar Manila dan Mindanao adalah lebih kurang 1500km, cara termudah dan tercepat adalah dengan menaiki kapal terbang yang akan memakan kos antara RM800 - RM1000. Namun, bajet yang tersedia hanya cukup untuk bergerak menggunakan bas dan feri yang jauh lebih murah dan pastinya lebih menarik serta mencabar. Tanpa berlengah, A terus digerak untuk menempah tiket ke Mindanao yang perjalanannya memakan masa bukan 12 jam, bukan juga 20 jam namun 3 hari 2 malam. Dahsyat, dahsyat.

Perjalanan bermula dengan menaiki bas dari terminal Manila selama 18 jam, kemudian tukar menaiki feri selama lebih kurang 1 jam pelayaran, kemudian naik semula bas yang sama tadi ke destinasi seterusnya yang memakan masa dalam 9 jam, kemudian tukar bas yang lebih kecil hanya untuk merentasi jambatan yang dikatakan tidak mampu menampung berat muatan bas besar, kemudian tukar bas yang lain untuk meneruskan perjalanan yang memakan masa dalam 5 jam, kemudian menaiki feri semula dalam anggaran 1 jam setengah pelayaran, naik semula bas tadi dalam 8 jam perjalanan barulah tiba ke destinasi yang dituju, Mindanao. Allahuakbar.

Agak mencabar ketika dalam perjalanan ini namun banyak juga didikan dan curahan ilmuKu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid yang pastinya jauh lebih berharga. Semuanya terasa mudah dan menenangkan dengan amalan zikrullah 99 asmaulhusna ditambah dengan potongan-potongan ayat Al-Quran seperti surah Al-Insyirah ayat 5-6;

 
kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, Allah menegaskan lagi “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Alhamdulillah, baiknya Aku Ya Barr Ya Karim Ya Wahhab Ya Karim sentiasa menghadirkan diriKu Ya Haadi melalui hambaKu yang muslim dan fasih berbahasa Inggeris sebagai panduan untuk A bertanya apa-apa hal berkaitan perjalanan ini. Mana tidaknya, sebagai negara non-muslim di setiap perhentian bas mahupun terminal feri tiada langsung ruangan disediakan untuk solat, makanan halal apatah lagi. Sungguhpun di setiap perhentian bas berhenti rehat punya ruang kosong yang boleh dijadikan ruang untuk solat, namun kelihatan agak kotor dengan botol-botol arak yang berselerak serta anjing-anjing yang banyak berkeliaran, jadinya Aku Ya Haadi beri petunjuk untuk hanya solat di dalam bas di tempat duduk sendiri, itu lebih mudah dan meyakinkan. Begitu juga dengan makanan, sepanjang 3 hari dalam perjalanan ini, memadailah dengan hanya memakan buah-buahan seperti epal, mangga, biskut-biskut yang berlabel halal dan juga oat meal yang Alhamdulillah Ya Rozzaq Ya Muqit cukup dan mengenyangkan.

Antara momen-momen yang sempat dirakamkan di sepanjang perjalanan ini:

1.    Kalau di Malaysia kita campak roti atau makanan ikan di laut, akan datanglah berpusu-pusu ikan merebut makanan Ya Rozzaq, di sini kita campak syiling piso (matawang Filipina) maka datanglah berpusu-pusu anak-anak ini yang lagaknya seperti ‘aquaman’ merebut duit syiling sebagai antara mata pencarian buat mereka. Teserlah kehebatan Aku Ya Rozzaq Ya Musowwir dalam memberi rezeki dengan penuh kreatif buat hamba-hamba ciptaan.

2.      Aku Ya ‘Aliy Ya Rofi’ Ya Muntaqim mempamerkan kehebatan ketinggianKu, kehebatanKu menaikkan suhu sehingga mampu mengazab di gunung berapi yang masih aktif.


3.      Aku Ya Nuur Ya Badi’ Ya Rofi’ mempamerkan keindahanKu pada ‘sunrise’.

4.      Aku Ya Wahhab Ya Karim mempamerkan kekuasaanKu yang sentiasa menolong pada feri yang menjadi kenderaan atas laut membawa hamba-hamba kesayanganKu ke destinasi yang dituju.

 

Kos perbelanjaan hari ke-7 hingga ke-13 di Filipina:

1.      Belanja tuan rumah shawarma x 3 – RM30

2.      Grabcar ke SM Mall Of Asia (pergi & balik) – RM47

3.      Grabcar ke Makati (ambil motor sewa, tapi tak jadi asbab motor rosak) – RM28

4.      Grabcar ke coffee shop Multinational Avenue (jumpa pendakwah Islam Filipina) – RM20

5.      Wifi – RM14

6.      Data roaming internet – RM55

7.      Tiket bas + feri ke Mindanao – RM310

8.      LRT ke terminal bas (pergi & balik): RM4x2 (pertama pergi tanya harga + kedua pergi beli tiket) – RM8

9.      LRT ke terminal bas (pergi sahaja) – RM2

10. Belanja tuan rumah kentang goreng halal (Potato Corner) – RM20

11. Makan dalam perjalanan 3 hari 2 malam – RM9

 

Total: RM543

Comments