Mula Jelajah Dengan RM2.99
19 Mei 2025 | Manila, Filipina
Dalam berbilion hamba kesayangan, hari ini Aku memilih A (seorang wanita bujang) untuk mempamerkan kehebatanKu yang mampu dan berkuasa membawa mengembara dan menjelajah dunia tanpa mengira siapa pun mengikut kehendakKu yang tidak pernah ada batasan. Kurang yakin? Screenshot di bawah ini bukti akaun simpanan A yang hanya berbaki RM2.99 sewaktu hari pertama mula jelajah dan telah pun selamat sampai ke negara Filipina.
Akaun e-dompet pula ada berbakikan RM0.04, akaun ini yang biasa digunakan untuk sebarang transaksi jual/beli sewaktu di luar negara.
Pada awalnya, Aku hanya belikan tiket penerbangan pergi ke Manila tanpa tiket pulang. Namun, sengaja Aku cipta peristiwa demi menzahirkan kehebatanKu Ya Rozzaq Ya Roshid yang memberi rezeki sepantas kilat, sewaktu check-in di kaunter lapangan terbang untuk mengambil boarding pass naik ke kapal, petugas airlines tidak melepaskan A pergi dengan asbab tiada tiket pulang. Namun, liciknya Aku walaupun ketika itu A tiada duit, Aku hadirkan sahabat A dari Melaka seorang diri ke airport semata-mata ingin bertemu dengan A yang ingin berlepas ini. Dengan sayu, pilu dan sedihnya mereka bersalaman lalu berpelukkan dengan ucapan selamat tinggal, dihulurnya kepada A RM100 tunai. Sahabat tadi pun terus berlalu pergi pulang ke Melaka semula meninggalkan A sendirian di airport, lalu RM100 tunai itu terus didepositkan ke dalam akaun bank. Mujur sudah tersedia mesin deposit tunai di dalam airport.
Maka, pada saat genting ketika waktu flight berlepas
hampir tiba lebih kurang 1 jam sahaja lagi, dengan pantas A membeli tiket pulang
dari Manila ke Kuala Lumpur dengan mengggunakan duit itu tadi yang memang
betul-betul secukupnya sehinggakan tinggallah baki seperti yang ditunjukkan
tadi.
Diterbangkanlah A ke Manila dengan selamat. Alhamdulillah.
Setibanya di Manila setelah 4 jam penerbangan, A diberikan sedikit penyucian
sehinggakan hanya larat untuk berjalan dan terus mencari tempat berehat lalu
melelapkan mata seketika untuk menghilangkan rasa pening & mualnya, di
surau airport atau di Filipina digelar muslim prayer room. Lelaplah
A seakan lemah tak berdaya.
Tiba waktu solat, dibangkitkan untuk menunaikan kewajipannya
terhadapKu kemudian duduk termenung mengenang nasib diri. Sengaja Aku berikan
pelbagai rasa dalam hati tanda kuasaKu yang memegang hati-hati manusia.
Bergelodak rasanya. Kadang rasa sedih, kadang rasa sayu, pilu, kadang rasa excited
nak explore dunia, kadang rasa homesick sangat-sangat,
Allah…rindunya keluarga di Malaysia, sahabat-sahabat seperjuangan lain,
terutama sahabat-sahabat yang Aku Ya Waajid pertemukan saat-saat akhir sebelum
keberangkatan ini, semuanya Aku nangiskan semahunya, rasa sebak yang teramat,
sesak jiwa rasa, sayu betul. A memang masih belum Aku berikan kefahaman
sempurna mengapa rasa itu semua Aku hadirkan, pelik sangat-sangat rasanya,
namun yang pastinya Aku Ya Malik Ya Malikulmulk maharaja dan penguasa mutlak
hati serta perasaan setiap hamba, maka Aku berkuasa untuk memberi apa-apa jua
rasa kepada sesiapa pun. Dengan segala macam perasaan yang Aku permainkan itu,
Aku Ya Jabbar Ya Roshid tetap juga memaksa dengan laju A untuk terus melangkah
kehadapan, yang pada hakikatnya menuju Aku yang satu tanpa sebarang gangguan
makhluk-makhluk yang memberi kesan di hati.
Mengenang pengembaraan ini bakal menjangkau masa bertahun
lamanya, Aku terus menggerakkan A untuk submit refund tiket pulang Malaysia
yang sudah dibeli dalam sistem airlines tadi. Namun, duit tersebut akan
mengambil masa antara 3 - 7 hari bekerja untuk masuk semula ke dalam akaun bank.
Dalam tiada duit di tangan, Aku sediakan surau di airport yang selesa
sedia dengan mini pantri dan bilik air berhampiran sebagai kemudahan dan tempat
perlindungan secara percuma. Rasa lapar? Jangan sesekali risau kerana Aku Ya
Rozzaq berjanji menyediakan rezeki untuk setiap makhluk ciptaanKu. Maka, Aku
hadirkan diriKu Ya Rozzaq melalui muslimah-muslimah yang bekerja di airport
yang hadir ke surau tersebut untuk menunaikan kewajipan mereka terhadapKu. Lalu
saling bertanyalah mereka sambil beramah mesra. Hari pertama Aku bawakan
kekacang bekalan dari kapal terbang, cukup mengenyangkan. Hari kedua Aku
bawakan mi segera beserta oat. Hari ketiga, Aku bawakan nasi arab berlauk ayam
juga beserta mi segera dan oat. Masuk hari keempat, sudah 3 malam A direhatkan
di airport, Aku Ya Baa’ith membangkitkan semangatnya dan terus keluar
walaupun pada waktu itu duit refund tiket masih belum diterima.
Dengan menggunakan wifi di airport, dapatlah A mengakses
internet tanpa perlu membeli kad SIM ataupun data roaming yang akan
memerlukan duit. Masih berhubungan dengan beberapa sahabat di Malaysia yang
bertanyakan khabar, namun langsung tidak Aku gerakkan untuk menceritakan
peristiwa yang melanda. Aku teramat-amat gemar mendengar rintihan hambaKu
merayu-rayu, damba pertolonganKu semata-mata. Namun, hatinya tidak Aku lepaskan
dengan wirid beberapa potong ayat Al-Quran yang telah Aku Ya ‘Alim Ya Hakim Ya
Roshid ajarkan dan menyeru-nyeru 99 namaKu yang terindah lagi terbaik. Antara
potongan ayat yang diwiridkan adalah dari surah:
Setibanya di masjid, selesai solat, Aku Ya Baari’ menggerak A
untuk bertanya-tanya andai ada bilik sewa berdekatan pada orang-orang sekitar
yang sedang melepak di perkarangan masjid. Tiba-tiba hadir seorang nenek Filipina
yang fasih berbahasa Inggeris menawarkan diri untuk tolong bertanya-tanya jiran
berdekatan masjid, Alhamdulillah. Dalam beberapa minit sahaja, nenek itu
kembali dan menyatakan ada anak buahnya yang hanya tinggal hampir 20 langkah dari
masjid ini bersedia menerima tetamu untuk bermalam di rumahnya tanpa apa-apa
bayaran.
Dengan segera Aku membawa A bergerak dan bertemu anak buah
nenek tersebut yang kelihatan lebih kurang seusia dengan ibu A di Malaysia, digelar
Sophia. Sophia tinggal hanya berdua di rumah bersama adik perempuan berusia 13
tahun, sementara suami beserta 2 anak lelakinya sedang bercuti di kampung
mereka jauh di Mindanao dalam jangkaan masa sebulan.
Setelah berkenalan, Aku Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’
menyebarkan energi kasih sayang dan kesatuan yang sangat mesra dan kuat di
antara mereka sehinggakan Sophia terus menawarkan untuk A tinggal bersama
mereka selama sebulan, walaupun ini baru kali pertama Aku Ya Waajid pertemukan.
Tanpa menolak atau menerima pelawaan itu, A hanya menyatakan strategi pergerakkan
pengembaraan ini dan menyatakan hasrat untuk bergerak ke seluruh Filipina
sebelum meneruskan pengembaraan ke negara lain.
Seperti biasa, limpahan rezekiKu Ya Rozzaq Ya Rouf Ya Karim
melimpah ruah saat tinggal di sini. Pelbagai jenis juadah masyarakat muslim di
sini dimasak dan dihidangkan.
Petang itu, A mengikut Sophia ke pasar untuk membeli
beberapa barang keperluan dan menikmati pameran kuasaKu dalam beberapa situasi.
Antaranya:
1.
Masuk hari kedua A bermusafir di rumah Sophia yang sangat sederhana namun selesa dengan pelbagai kemudahan, begitulah kisah yang Aku Ya Kholiq rekakan untuk 5 hari di Filipina, dengan kuasaKu sendiri Ya Hayyu Ya Qoyyum secara solo.
Bila difikirkan dari sudut jasadiah, pengembaraan ini seakan
kerja gila dan agak berbahaya. A juga punya 1001 alasan yang boleh diciptakan
untuk tidak meneruskan pengembaraan ini namun bila teringatkan
pesanan-pesananKu di dalam Al-Quran dan hadis beserta zikir-zikir yang selalu
dilantunkan rasa semacam munafik pula andai berpatah balik. Zikir ‘laailaha’ilallah’
akan hanya menjadi sekadar lafaz di bibir tanpa sebarang keyakinan sungguhpun
di hati kata beriman, seolah penipu.
“Mana mungkin kita dah tahu tiada yang berkuasa selain Allah,
boleh ikutkan perasaan takut, risau, resah, gelisah, gerun kepada makhluk? Kita
sudah diperkenalkan dengan Allah Ya Rozzaq Ya Muqit yang pasti akan memberi
rezeki dan mencukupkan segala keperluan, Ya Ghoniy Ya Mughniy yang maha kaya
lagi maha memberi kekayaan, Ya Hafidz Ya Muhaimin yang sentiasa melindungi dan
memelihara serta segala-gala lagi aspek kehidupan ini, semua lengkap sempurna
dengan kekuasaan Allah, hatta kehidupan ini sendiri diberi pinjam oleh Allah Ya
Muhyi yang maha menghidupkan, daya mendengar, daya melihat, daya berfikir, daya
merasa, daya bergerak, daya berdiam diri, daya tidur, daya tenang, dan
segala-gala lagi daya yang ada pada diri dan alam, kesemuanya Allah Ya Rahman
Ya Rahim yang beri dengan penuh kasih sayang tanpa mengharap apa-apa balasan,
masihkah lagi tidak mahu tunduk dan taat?”, bicaraKu dalam hati A.
Kos perbelanjaan 5 hari di Manila, Filipina:
1.
Tiket penerbangan terus ke
Manila – RM169 (harga ahli keluarga staf airlines )
2.
Grabcar dari airport
ke masjid terdekat (Masjid Mohamad) – RM10.80
3.
Makan – RM0
Total: RM179.80



Comments
Post a Comment